Perbezaan Bahasa Melayu Klasik dan Kuno

Image result for orang mengaji 


Definisi Bahasa Melayu Klasik

Mentakrifkan perkataan klasik sebagai kesenian atau kesusasteraan yang lama,yang mempunyai sifat-sifat yang tidak lagi terpakai iaitu yang tinggi dan abadi nilainya. Berdasarkan takrifan tersebut ianya jelas mengambarkan bahawa bahasa melayu klasik telah diperakui kepenggunaannya pada suatu masa dahulu

Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik
      Ayat panjang, berulang, pasif, dan berbelit-belit.
      Menggunakan bahasa istana. Contoh ‘tuanku’.
      Kosa kata Arkaik dan jarang digunakan. Contoh ‘ratna mutu manikam’, ‘edan kesmaran’ (mabuk asmara), ‘masyghul’ (bersedih).
      Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat). Contoh – ‘sebermula’, ‘alkisah’, ‘hatta’, ‘adapun’.
      Banyak menggunakan ayat songsang (pendepanan pradikat)
      Banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’.

Definisi Bahasa Melayu Kuno
bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang di Nusantara antara abad ke-7 sehingga abadke-13, iaitu pada zaman peralihan Hindu-Islam. Pada ketika itu, kerajaanyang berkuasa ialah kerajaan Sriwijaya. Sewaktu pemerintahan kerajaanSriwijaya, bahasa Melayu berkemungkinan telah menjadi bahasapengantar kerajaan. Ini terbukti dengan terjumpanya empat buah batubersurat yang ditulis dalam bahasa Melayu kuno.

Ciri-ciri bahasa Melayu Kuno
      Terdapat kata pinjaman daripada Sanskrit.
      Bunyi ‘b’ ialah ‘w’. Contoh: ‘wulan’ untuk ‘bulan’.
      Tiada bunyi ‘e pepet’. Contoh: ‘dngan’ atau ‘dangan’ untuk ‘dengan’.
      Imbuhan ‘mar’ menggantikan ‘ber’. Contoh: ‘marlapas’ untuk ‘berlepas’.
      Awalan ‘ni’ menggantikan ‘di’. Contoh: ‘niperwuat’ untuk ‘diperbuat’.
      Mempunyai ‘konsonan apresiasif’ iaitu ‘bh, th, ph, dh, kh, h’. Contoh: ‘sukhashitta’.
      Huruf ‘h’ hilang dalam BM moden. Contoh: ‘semuha’ menjadi ‘semua’, ‘sahaya’ menjadi ‘saya’.



 

Comments

  1. Custom Plating and Steel Vines for Tetonian's Tetonian
    Tetonian Tetonian's Tetonian Tetonian Tetonian Tetonian titanium jewelry for piercings Tetonian design babyliss pro nano titanium flat iron has titanium engagement rings come a long way since Tetonian was invented in the 19th century. black titanium wedding band

    ReplyDelete

Post a Comment